
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Haris Kasim menerusi satu kenyataan hari ini.
“Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 14 Ogos 2023, bersamaan 27 Muharram 1445H, sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Selangor sempena Pilihan Raya Dewan Negeri Selangor Ke-15,” menurut kenyataan itu.
Jumaat lepas, Menteri Besar Amirudin Shari dalam Amanat Khas yang disiarkan menerusi Facebook beliau mengumumkan Isnin sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan Pakatan Harapan(PH)-Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi PRN di Selangor.
Keputusan PRN Selangor semalam menyaksikan gabungan PH-BN memperoleh 34 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional (PN) 22 kerusi.