
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu sudah dijangka penganalisis politik sebelum ini.
“Saya sedih kerana perpecahan (undi) ini membolehkan PN memenangi kerusi tetapi saya tidak bersedia untuk mengulas lebih lanjut buat masa ini,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Kerusi Sungai Kandis menyaksikan calon PN Wan Dzahanurin menang tipis dengan majoriti 167 undi menewaskan penyandang Zawawi Mughni (PH) dan Afriena Shaqira (Muda).
Dzahanurin memperoleh 28,926 undi berbanding Zawawi yang mendapat 28,759 manakala Afriena 1,341 undi.
Sementara itu, Fahmi berkata keputusan pilihan raya di enam negeri selari dengan dapatan dijalankan beberapa firma kaji selidik.
Katanya, kerajaan akan meneliti keputusan pilihan raya di samping data tambahan daripada kaji selidik yang dijalankan untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam.