‘Magis’ Sanusi bawa PN menang besar di Kedah

‘Magis’ Sanusi bawa PN menang besar di Kedah

PN Kedah yang diterajui menteri besar itu berjaya memenangi 33 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Sanusi Nor juga berjaya mempertahankan DUN Jeneri apabila menewaskan Muhamad Khizri Abu Kassim (BN) dengan majoriti 16,050 undi.
ALOR SETAR:
Sanusi Nor membuktikan beliau sebagai “panglima perang” Perikatan Nasional (PN) apabila berjaya membawa gabungan itu menang besar dalam PRN di Kedah.

PN Kedah yang diterajui menteri besar itu berjaya membentuk kerajaan negeri apabila memperoleh majoriti lebih dua pertiga selepas memenangi 33 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) menang tiga kerusi DUN iaitu di Kota Darulaman, Bakar Arang dan Sidam manakala Barisan Nasional (BN) tewas di semua kerusi yang ditandingi.

PN memenangi DUN Merbau Pulas, Alor Mengkudu, Sungai Limau, Guar Cempedak , Jitra , Gurun, Belantek, Jeneri, Bayu, Kuala Ketil, Kuala Nerang, Kulim, Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Kupang, Bandar Baharu, Ayer Hitam, Bukit Kayu Hitam, Bukit Pinang, Bukit Lada, Pedu, Suka Menanti, Ayer Hangat, Kuah, Kota Seputeh, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka, Tokai, Lunas, Sungai Tiang, Kubang Rotan dan Bukit Selambau.

Sanusi berjaya mengekalkan kemenangan di DUN Jeneri apabila menewaskan Muhamad Khizri Abu Kassim (BN) dengan majoriti 16,050 undi.

Antara yang menjadi tumpuan kali ini adalah Calon PN Muhamad Radhi Mat Din yang menang besar di Alor Mengkudu apabila memperoleh 18,500 undi menewaskan Mahfuz Omar dari PH dengan (8,829).

Sementara itu, Pengerusi BN Kedah, Mahdzir Khalid turut menerima nasib sama apabila tewas kepada calon PN,
Radzi Md Amin yang memperolehi 14,397 undi.

Ikon bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar pula menang di Gurun dengan 17,771 undi menewaskan Mohammed Firdaus Johari dari PH.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.