
PADANG TERAP: PH-BN mampu menang lebih lapan kerusi walaupun Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli ramal gabungan itu mampu menang tujuh ke lapan kerusi selepas seminggu kempen.
Pengerusi BN Kedah, Mahdzir Khalid, berkata keyakinan itu berdasarkan kepada komposisi kerusi ditandingi gabungan berkenaan dan tiada kerusi bertembung sesama sendiri.
“Saya jangka lebih sedikit daripada jumlah itu. Kita mempunyai peluang sebab BN bertanding 15 kerusi, PKR 10, Amanah sembilan, dan DAP dua kerusi. Saya yakin sampaikan kepada sasaran yang dikehendaki,” katanya kepada media selepas majlis sembang santai bersama masyarakat Siam di Wat Kampung Long, Pedu.