Peti undi tak dimeterai, pengundian sebuah pusat P Pinang digantung

Peti undi tak dimeterai, pengundian sebuah pusat P Pinang digantung

Menurut Sin Chew Daily sejumlah 177 kertas undi sudah dimasukkan dalam peti undi itu.

Sebuah peti undi saluran 15 di pusat pengundian SK Seri Relau bagi DUN Paya Terubong didapat tidak dimeterai.
PETALING JAYA:
Proses pengundian digantung di sebuah pusat mengundi di Paya Terubong, Pulau Pinang, susulan sebuah peti undi didapati tidak dimeterai (unsealed).

Calon Perikatan Nasional Paya Terubong, Ooi Ghee Oon berkata, peti undi itu berada dalam saluran 15, di pusat mengundi SK Seri Relau.

Selepas mendapati peti undi tersebut tidak dimeterai, Ooi segera memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Menurut Sin Sin Chew Daily, 177 kertas undi telah dimasukkan dalam peti tidak berkunci berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.