Hampir 45% keluar mengundi setakat 1 tengah hari

Hampir 45% keluar mengundi setakat 1 tengah hari

SPR berkata Terengganu rekod keluar undi tertinggi 50% manakala Kelantan terendah 40%.

Seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
PETALING JAYA:
Setakat 1 tengah hari, kira-kira 45% pengundi berdaftar keluar mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Keseluruhannya, 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.

Setakat ini, Kedah merekodkan 49%, Terengganu (50%), Pulau Pinang (46%), Selangor (44%), Negeri Sembilan (42%), dan Kelantan (40%). Dalam pada itu PRK Kuala Terengganu merekodkan 47% keluar mengundi.

Enam kerajaan negeri itu sebelum ini memutuskan tidak mengadakan pilihan raya serentak pada PRU15, yang diadakan pada November tahun lalu.

Daripada jumlah berkenaan, 97,388 merupakan pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.

Seramai 570 calon, daripada sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.