PRN: Hujan diramal di 6 negeri esok

PRN: Hujan diramal di 6 negeri esok

MetMalaysia meramalkan hujan pada belah pagi di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah manakala ribut petir pada belah petang di Kelantan dan Terengganu.

Menurut maklumat di laman sesawang MetMalaysia suhu sepanjang hari pengundian esok diramal 23 hingga 34 darjah Celsius. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Hujan diramal berlaku di satu dua tempat di sebelah pagi di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pada hari mengundi PRN enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu, esok.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) cuaca sama dijangka berlaku di Kedah melibatkan banyak kawasan pantai serta mendung di Terengganu, manakala Kelantan diramal cuaca baik.

MetMalaysia turut meramalkan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang di satu dua tempat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, satu dua kawasan pedalaman Negeri Sembilan serta beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu.

Suhu sepanjang hari berkenaan diramal 23 hingga 34 darjah Celsius.

Seramai 9.67 juta pengundi akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri pada PRN, manakala 122,160 orang layak mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Secara keseluruhan 17,048 saluran mengundi disediakan di 3,190 pusat mengundi di semua 245 kawasan DUN di enam negeri itu, manakala untuk PRK Parlimen Kuala Terengganu, 217 saluran mengundi disediakan di 41 pusat mengundi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.