Nik Abduh umum ‘berbuka puasa politik’

Nik Abduh umum ‘berbuka puasa politik’

Bekas Ahli Parlimen Bachok itu juga mengakui sukar untuk 'berpuasa' daripada politik.

Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz sebelum ini memutuskan untuk berehat daripada politik susulan tidak dinamakan sebagai calon PAS bagi PRN 12 Ogos ini.
PETALING JAYA:
Selepas seminggu mengumumkan “berpuasa” daripada politik, bekas Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz memberitahu beliau kini sudah “berbuka puasa”.

Dalam catatan ringkas di Facebook, Nik Abduh mengakui sukar menahan diri daripada terbabit dalam politik.

“Saya berbuka puasa. Payah puasa politik rupanya. Kelat mulut,” katanya.

Pada 31 Julai lalu Nik Abduh memutuskan untuk berehat daripada politik susulan tidak dinamakan sebagai calon PAS bagi PRN 12 Ogos ini.

“(Tempoh) ini paling sukar untuk saya dan bonda. Semoga PAS bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” kata anak bekas mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat itu.

Selain tidak dipertimbangkan menjadi calon pada PRN Kelantan, di mana bapanya menjadi menteri besar selama lebih dua dekad, Nik Abduh sebelum ini turut menolak pencalonan daripada mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada PRU15.

Bagaimanapun, Nik Abduh memaklumkan beliau menerima dengan hati terbuka apabila tidak tersenarai sebagai calon PAS untuk PRN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.