
Beliau dalam kenyataan berkata, pemberian di bawah Bantuan Sara Hidup (BSH) akan berkuat kuasa September ini dan akan memberi faedah kepada seramai 41,970 veteran tidak berpencen dengan implikasi kewangan tambahan RM151.1 juta setahun.
Katanya, sebelum ini bantuan berkenaan hanya dinikmati pada usia 80 tahun.
Zuki berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, hari ini.
Beliau berkata, untuk permulaan, kajian akan memberi penekanan kepada kemampanan saraan penjawat awal bagi memastikan upah, gaji, dan elaun adalah setimpal dengan tanggungjawab serta seiring peningkatan kos sara hidup.
“Selain insentif berbentuk kewangan, kebajikan veteran tentera juga dititikberat oleh kerajaan untuk diberi keutamaan jawatan lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam bersesuaian dengan pengalaman dan kemahiran,” katanya.