SPR mesyuarat hari ini bincang PRK Pulai, Simpang Jeram

SPR mesyuarat hari ini bincang PRK Pulai, Simpang Jeram

SPR sebelum ini memaklumkan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub.

SPR akan bermesyuarat pagi ini bagi membincangkan urusan pelaksanaan PRK kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas 10 pagi ini bagi membincangkan urusan pelaksanaan PRK Parlimen Pulai dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor.

Mesyuarat di Menara SPR Putrajaya itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

SPR akan mengadakan sidang media sejurus selesai mesyuarat khas itu.

Pada 25 Julai lepas, Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Salahuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor pada 24 Julai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.