
“Beliau sebenarnya dah lama bersama kita, tapi masih pegang jawatan (timbalan ketua Umno Sungai Buloh),” katanya kepada FMT selepas ceramah di DUN Hulu Kelang malam tadi.
Bekas menteri besar Perak itu berkata, Harrison antara dua bekas pemimpin Umno dicalonkan PN bagi PRN Selangor. Seorang lagi bekas pemimpin itu ialah Nurul Syazwani Noh yang bertanding di DUN Permatang.
Harrison berdepan saingan satu lawan satu menentang calon Barisan Nasional (BN), Jahaya Ibrahim di DUN Jeram pada 12 Ogos ini.
Pada 27 Julai lalu, Presiden Umno, Zahid Hamidi mengumumkan keahlian Harrison terlucut secara automatik selepas beliau diumumkan sebagai calon PN.
Faizal berkata, tiada istilah calon luar seperti didakwa sesetengah pihak kerana Harrison mewakili PN memulakan gerak kerja di Jeram sebelum PRN.
“Pengaruh beliau lebih di kawasannya di Sungai Buloh, namun di Jeram juga beliau telah mulakan gerak kerja dan apabila kita nampak respons penduduk begitu baik, jadi jawatankuasa pemilihan (PN) setuju letakkan beliau di situ.”
Hubungan Bersatu-PAS kukuh
Faizal menafikan dakwaan hubungan Bersatu dan PAS umpama “retak menanti belah”, sebaliknya hubungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang semakin retak.
Beliau mengulas dakwaan Presiden Amanah, Mohamad Sabu bahawa keretakan sudah kelihatan pada kerjasama PAS dan Bersatu yang akan memberi kelebihan kepada PH-BN dalam PRN enam negeri.
“Dakwaan daripada Bang Mat (Mohamad Sabu) tidak tepat, ia datang daripada mimpi dia ke apa pun saya tidak tahu, tapi hubungan kami dalam PN amat utuh,” katanya menurut Utusan Malaysia.
“Kita sentiasa bersama sepanjang kempen PRN yang sedang berlangsung daripada peringkat tertinggi hingga ke bawah.
“Kita tidak nafikan sebelum penamaan calon ada masalah terpencil di beberapa kawasan yang mengharapkan calon berbeza diketengahkan pucuk pimpinan.
“Namun, selepas secara rasmi hari penamaan calon, kita dapati jentera di semua peringkat sudah kembali bekerjasama dengan rapat untuk memastikan kemenangan.”
Isnin lalu, Mohamad mendakwa “perkahwinan” antara PAS dan Bersatu tidak akan kekal lama kerana timbul rasa tidak puas hati terhadap pemilihan calon PRN.
Beliau memberi contoh pemilihan calon Ayer Hangat yang dimahukan PAS, tetapi ditandingi Bersatu, selain “calon luar” Bersatu ditolak di Kota Siputeh.
Katanya, rasa tidak puas hati ahli PAS itu diterjemahkan pada hari penamaan calon Sabtu lalu apabila seorang ahli parti itu, Safwan Hanif Shafie bertanding sebagai calon bebas di Ayer Hangat.