
Setiausahanya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, bagaimanapun ia tidak membantutkan semangat gabungan berkenaan walaupun calon menggunakan dana sendiri.
“Memang kewangan menjadi kekangan besar, akaun Bersatu telah dibeku oleh kerajaan entah berapa lama.
“Sepatutnya kalau parti politik nak siasat lama pun…selepas siasat bagilah peluang mereka menguruskan duit mereka.
“Kita dalam bajet yang terhad, PAS antara parti tidak banyak duit tapi kita percaya bukan duit menjadi keutamaan, mana kewangan yang ada kita gerakan,” katanya menurut Astro Awani.
Beliau berkata demikian dalam sidang media PN Selangor di Shah Alam.
Dalam pada itu, beliau berkata PN menawarkan calon bersih dan berintegriti tinggi menerajui Selangor sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos.
“Calon PN tiada kluster mahkamah, tiada kluster yang keluar penjara, semuanya bebas. Kita harapkan rakyat Selangor, kita dah berikan yang terbaik, untuk beri khidmat terbaik kepada rakyat Selangor.
“Berilah kepercayaan dan peluang, ini bukan pertama kali, kita pernah jadi kerajaan negeri sebelum ini, rakyat telah menilai dan ini peluang terbaik untuk rakyat buatkan perubahan bentuk Selangor baharu untuk PN,” katanya.
Akaun Bersatu dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.
Pembekuan akaun Bersatu ada kaitan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.