Baling batu kerana tak puas hati dengan PAS

Baling batu kerana tak puas hati dengan PAS

Seorang lelaki yang membaling batu ke ibu pejabat PAS ditahan semalam.

Dinding kaca ibu pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut pecah selepas dibaling batu Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR:
Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun semalam, yang disyaki terlibat membaling batu ke arah ibu pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut Sabtu lalu, sehingga mengakibatkan dinding kaca premis itu pecah.

Menurut sumber, penganggur itu ditahan di Lorong Tiong Nam, Chow Kit pada 10 malam, dan dia akan direman hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat.

Difahamkan lelaki itu berbuat demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan PAS, dari segi kerjasama politik.

“Siasatan awal juga mendapati suspek mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk sembilan rekod kesalahan dadah,” kata sumber itu kepada Bernama.

Sabtu lalu, PAS membuat laporan polis selepas dinding kaca premis itu dibaling dengan batu oleh seorang lelaki, beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon bagi PRN di enam negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.