
“Kerajaan mesti jalan selepas umum ini, ia tiada kena mengena dengan PRN, ada orang cadang tiada ada pengumuman langsung, tidak boleh.
“Saya perdana menteri jaga negara semuanya, kalau penting kita umum,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023.
Terdahulu, dalam ucapan itu di Dungun, pada Jumaat, Zahid meluluskan RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu, selain RM200,000 bagi kelab bermotosikal di negeri itu.
Pengumuman tersebut dipersoalkan 19 calon Muda yang bertanding dalam pada PRN, yang mendakwa tindakan presiden Umno itu mempunyai unsur “sogokan”.
Hari ini, Pemuda PAS Terengganu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Zahid berhubung ucapan berunsur sogokan.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Harun Esa berkata, pihaknya telah menyerahkan kepada SPRM bukti video tular dan telah ditonton orang ramai, selain respon pemimpin parti politik lain.
“Kita tidak mahu nafi bantuan berkenaan, namun yang menjadi persoalan ianya dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berdekatan PRN,” katanya menurut Utusan Malaysia.