
Panglima Tentera Darat Mohammad Ab Rahman, berkata daripada jumlah itu, lebih 29,000 orang terdiri daripada anggota dan pegawai tentera, manakala lebih 9,000 orang terdiri daripada pasangan mereka.
“Nasihat saya, pilihlah calon yang dilihat dapat mentadbir negeri dengan baik…masing-masing ada pilihan sendiri, tepuk dada tanya selera.
“Kita tidak paksa anggota atau pegawai tentera darat untuk mengundi calon tertentu,” katanya selepas Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) Tahun 2023 di Lapang Sasar Kem Terendak.
Raja Muda Selangor Kapten Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan menyertai UKM TD 2023, selain turut disertai Timbalan Panglima Tentera Darat Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Dalam pada itu, Mohammad berkata, tentera darat sentiasa bersiap siaga untuk melaksanakan Op Neraca di enam negeri terbabit, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat sepanjang PRN berkenaan berlangsung di Terengganu, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan Selangor.
Beliau berkata, pihaknya juga telah bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti lokasi panas di enam negeri berkenaan yang berkemungkinan berlaku provokasi atau situasi yang boleh menggugat ketenteraman awam, dan pemantauan lebih ketat akan dilakukan di lokasi terlibat.