Keluarga Najib bantu calon kerajaan perpaduan, kata Nazifuddin

Keluarga Najib bantu calon kerajaan perpaduan, kata Nazifuddin

Nazifuddin bidas penyokong bekas perdana menteri kerana mengeksploitasi PRN demi kepentingan mereka sendiri.

Nazifuddin Najib (kiri) bersama calon BN DUN Ayer Hangat Hisham Suhaily Othman (tengah). (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Naziffudin, anak kepada Najib Razak menjelaskan sebagai keluarga mereka akan membantu calon kerajaan perpaduan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan pada PRN bulan depan.

Menurut ketua Umno Langkawi itu, pihak di luar keluarganya tidak benar-benar mewakili apa yang ada dalam fikiran perdana menteri keenam itu yang sedang berdepan hukuman penjara 12 tahun atas tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Tetapi sebagai sebuah keluarga, kami membantu calon kerajaan sedia ada dan kami mahu melihat kerajaan (persekutuan) yang stabil untuk meneruskan pentadbiran negeri baru yang akan ditubuhkan di bawah kerajaan campuran.

“Kami adalah sebahagian daripada kerajaan ini, kebanyakan keluarga saya bersama Umno dan kami mahu melihat kerajaan ini terus mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bergerak ke hadapan untuk memulihkan ekonomi yang positif,” katanya menurut Malaysiakini.

Kenyataan itu menyusul selepas Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz semalam mendakwa semua ahli dan penyokong Najib atau ‘Bossku’ menzahirkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRN.

Dipetik Sinar Harian, gesaan dibuat kerana mereka mendakwa telah hilang kepercayaan terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi.

Nazifuddin juga membidas penyokong bekas perdana menteri itu yang mengeksploitasi PRN demi kepentingan sendiri.

Beliau menegaskan pilihan raya di enam negeri dan usaha menegakkan keadilan untuk Najib adalah dua isu yang berbeza.

“Sekarang ini, disebabkan jadual dan acara-acara berkaitan pilihan raya negeri, saya rasa orang mengambil kesempatan daripadanya untuk keuntungan mereka sendiri,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.