
PETALING JAYA: Perikatan Nasional mensasarkan bukan sahaja ia akan dapat pertahan Kelantan daripada gandingan Pakatan Harapan-Barisan Nasional, malah pembangkang gagal menawan sebarang kerusi.
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Kelantan II Amar Abdullah berkata keputusan PRU15 peringkat Parlimen yang menyaksikan PN menawan semua 14 kerusi membuktikan betapa besar sokongan rakyat negeri itu kepada PN.
“Matlamat bukan sekadar pertahan Kelantan tapi ingin menangi semua 45 DUN. Kita bukan ‘overconfident’ tetapi yakin dengan rakyat,” katanya ketika berucap di majis pengumuman calon PN bagi PRN Kelantan malam tadi.
“‘Overconfidence’ boleh membawa kekalahan,” tambahnya.
PAS akan mengepalai cabaran PN pada PRN Kelantan dengan 39 kerusi, diikuti Bersatu enam kerusi.