FB palsu guna nama isteri TMJ promosi penyaman udara

FB palsu guna nama isteri TMJ promosi penyaman udara

Polis berkata dalam satu hantaran menerusi akaun itu terdapat kapsyen yang menggambarkan Che’ Puan Besar Khaleeda mempromosikan penyaman udara dari Jepun.

Polis menjalankan siasatan terhadap Facebook menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.
JOHOR BAHRU:
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berkaitan penyamaran akaun Facebook yang menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, semalam.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata lelaki berusia 40 tahun itu membuat laporan pada 3.19 petang di IPD Johor Bahru Selatan selepas mendapati akaun berkenaan adalah palsu.

Beliau berkata, dalam satu hantaran menerusi akaun berkenaan terdapat kapsyen yang menggambarkan Che’ Puan Besar Khaleeda mempromosikan penyaman udara dari Jepun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu melalui penyamaran dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kamarul menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan peribadi dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.