
Dalam dunia e-dagang yang berkembang pantas, sebagai peniaga anda perlu sentiasa peka dalam pencarian platform e-dagang inovatif untuk mempromosikan perniagaan kepada pengguna yang tepat secara meluas.
Tingkatkan aliran trafik melalui pengiklanan berkesan

Menyedari akan pertumbuhan platform dan kehadiran akaun perniagaan yang tidak terkira jumlahnya, aplikasi video popular TikTok memperkenalkan TikTok Shop. Kewujudan platform TikTok Shop ini membantu peniaga mempromosi dan berhubung terus dengan pelanggan secara kreatif dan meluas, melalui penghasilan video, strim langsung, dan pameran produk yang menarik.
TikTok Shop juga memangkin pertumbuhan perniagaan melalui ciri dan mekanisme sokongan yang pelbagai. Salah satu elemen utama adalah keupayaan untuk mencipta video yang dikenali sebagai “shoppable videos” di mana peniaga boleh mempamerkan pautan produk-produk mereka ke dalam video untuk menarik perhatian pengguna.
TikTok bukan sahaja mempunyai pengguna global, ia juga sangat berkesan dalam menghubungkan peniaga kepada pengguna di pasaran tempatan. Ini dapat dilihat daripada cara peniaga menggabungkan penandaan produk (product tagging) serta penerangan terperinci yang sesuai dengan cita rasa dan budaya Malaysia yang unik.
Dengan menyesuaikan strategi pemasaran mengikut cita rasa dan trend tempatan, peniaga mampu menarik perhatian pengguna justeru meningkatkan jumlah tontonan dan prestasi jualan keseluruhan bagi produk mereka.
Meluaskan populariti dan pendedahan jenama

Zoe Arissa, sebuah jenama pakaian muslimah, memperoleh kejayaan yang ketara selepas menyertai TikTok Shop pada September 2022. Tontonan profil jenama tersebut meningkat sebanyak 481%, sekaligus bilangan pengikutnya melonjak daripada 30,000 kepada 300,000.
Strategi jenama tersebut memfokuskan kepada penjualan produk berkualiti tinggi, pada harga yang berpatutan. Ia turut memastikan pakaian yang direka memenuhi cita rasa pengguna tempatan yang seiring dengan gaya pakaian muslimah terkini.
Pendekatan yang digunakan sangat berkesan dan jenama tersebut berjaya menonjolkan keistimewaan produk kepada pelanggan. Selain membina kepercayaan dan kesetiaan para pelanggan, TikTok Shop membolehkan jenama tersebut berinteraksi secara organik dengan khalayak ramai.
Keberkesanan TikTok dalam perniagaan melangkaui batasan platform itu sendiri. Dengan jumlah pengguna yang banyak dan potensi yang besar, TikTok menjadi pusat bagi trend-trend terbaharu yang menjadi tajuk perbualan sekaligus mempengaruhi pengguna di seluruh dunia.
DESSINI Mall, perniagaan e-dagang yang menawarkan produk isi rumah dan peralatan dapur, tahu kuasa trend ini dan menggunakan kaedah pemasaran melalui Affiliate Marketing di TikTok Shop. Sejak penyertaannya, Gross Merchandise Value (GMV) atau Nilai Barangan Kasar mereka meningkat sekurang-kurangnya 50%, dan kedua-dua jumlah paparan profil dan pengikut turut meningkat.
Video DESSINI di TikTok kebanyakkannya dihasilkan oleh pasukan pemasaran sendiri, dan dengan kerjasama TikTok Shop Partner (TSP).
“TikTok Shop menyediakan perkhidmatan profesional seperti pengurus akaun yang akan membantu dan menasihatkan peniaga sekiranya mereka menghadapi kesulitan. Perkhidmatan ini memudahkan peniaga mengendali perniagaan dengan lebih lancar dan ini salah satu perkhidmatan yang paling kami gemari dan kami sangat menghargainya,” kongsi jenama itu.
Selain itu, sistem pengesyoran TikTok membantu memaksimumkan keterlihatan yang akan meningkatkan potensi penjualan, dengan mempamerkan produk kepada pengguna yang tepat.
Dengan tahap ketepatan pemasaran yang tinggi, peniaga boleh menumpukan usaha pemasaran kepada demografi tertentu dalam pasaran Malaysia atau antarabangsa, seterusnya memudahkan penerokaan segmen pengguna yang belum diterokai sebelum ini.
Kejayaan luar biasa yang dialami oleh jenama dan penjual di TikTok membuktikan keberkesanannya seterusnya mengukuhkan kedudukan TikTok sebagai platform e-dagang pilihan peniaga dalam dunia perdagangan sosial.
Peniaga dan jenama yang ingin mengembangkan perniagaan melalui TikTok Shop, sila layari laman web ini!