Mungkin ada pertukaran nama menjelang hari penamaan calon, kata Tok Mat

Mungkin ada pertukaran nama menjelang hari penamaan calon, kata Tok Mat

Timbalan presiden Umno berkata kemungkinan itu terpulang kepada Umno negeri.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan tidak menolak kemungkinan pertukaran calon sebelum tiba hari pencalonan, pada 29 Julai.
KUALA LUMPUR:
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan tidak menolak kemungkinan pertukaran calon PRN sehingga menjelangnya hari penamaan calon, pada 29 Julai.

Mohamad menyatakan perkara itu selepas ditanya sama ada berlakunya pertambahan calon saat akhir selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tengku Zafrul Aziz tidak diumum sebagai calon BN pada PRN 12 Ogos.

“Wallahualam, tapi kadang-kadang dapat watikah, tukar juga,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon BN di PWTC.

Setiausaha Agung BN Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengumumkan senarai nama calon rasmi memaklumkan sebanyak 12 kerusi dipertandingkan oleh gabungan itu bagi DUN Selangor.

Sementara itu, Mohamad berkata, ketiadaan nama Tengku Zafrul disebabkan Umno Selangor tidak meletakkannya dalam senarai diserahkan kepada pucuk pimpinan BN.

“Jadi terpulang kepada badan perhubungan (negeri) masing-masing untuk menamakan (calon).

“Kami disini hanya menyaring, kalau sesuai kita akan berbincang semula dan secara persetujuan bersama akan pilih calon yang terbaik untuk mewakili parti,” katanya menjawab persoalan nama Zafrul tidak diumum.

Selepas tidak dinamakan sebagai calon PRN, Tengku Zafrul berkata, beliau tetap akan berkempen untuk calon lain.

Zafrul berkata, sebagai ahli MKT dan ketua bahagian Umno Kota Raja, beliau mahu Umno bertapak lebih kukuh di Selangor dan membuktikan ia tidak bergantung pada PH semata-mata.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.