Muda umum 6 lagi calon PRN

Muda umum 6 lagi calon PRN

Turut tersenarai Ketua Penerangan Muda Luqman Long yang akan bertanding di DUN Bandar, Terengganu.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membawa partinya secara solo bertanding PRN enam negeri.
PETALING JAYA:
Ketua Penerangan Muda Luqman Long antara enam lagi calon parti itu diumum bertanding pada PRN 12 Ogos.

Luqman akan bertanding di Bandar di Terengganu, lima lagi bertanding di Selangor, iaitu Al-Hafiz Ikhwan (Dusun Tua), Sivaprakash (Kuala Kubu Bharu), Afriena Shaqiera Sariff (Sungai Kandis), dan Dobby Chew (Seri Setia).

Priyankaa Loh pula akan bertanding di Jerejak, Pulau Pinang.

Minggu lalu, Muda umum kumpulan pertama calon bagi PRN Selangor antara lain menyenaraikan Setiausaha Agung Amir Hadi yang bertanding di Seri Serdang.

Calon lain diumum di negeri itu melibatkan Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen (Batu Tiga), R Thanusha (Sentosa), dan Melanie Ting (Bukit Antarabangsa).

Sehingga kini, parti itu telah umum 10 calon bertanding di tiga negeri berasingan.

Dalam pada itu, Luqman berkata, keputusan bertanding di negeri kelahiran diinspirasi keputusan presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan timbalan, Amira Aisya Abdul Aziz, bertanding masing-masing di Johor, pada PRU15 dan PRN.

Syed Saddiq merupakan Ahli Parlimen Muar, manakala Amira Adun Puteri Wangsa.

“Saya mahu menghantar mesej jelas kepada rakyat Terengganu (merantau di negeri lain” agar tidak sama sekali lupa di mana anda lahir, dibesar, dan menimba ilmu.

“Jangan lupa berkhidmat di negeri sendiri.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.