Wanita Bersatu mahu 10 calon wanita tanding PRN

Wanita Bersatu mahu 10 calon wanita tanding PRN

10 calon dianggap ideal bagi memperkasa dan mengangkat lebih ramai golongan wanita sebagai pemimpin.

Mas Ermieyati Samsudin berkata Wanita Bersatu bersikap realistik dalam pemilihan calonnya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Wanita Bersatu mahu sekurang-kurangnya 10 calon sayap itu diketengahkan untuk bertanding pada PRN di enam negeri, bulan depan.

Naib Ketuanya Mas Ermieyati Samsudin berkata jumlah itu dianggap ideal bagi memperkasa dan mengangkat lebih ramai golongan wanita sebagai pemimpin.

“Semasa mempengerusikan mesyuarat minggu lalu mengenai pilihan raya negeri, saya menyatakan yang pilihan raya 2018, Bersatu hanya meletakkan seorang calon wanita dari enam negeri yang terlibat pilihan raya kali ini iaitu di Kedah.

“Kali ini sudah tentu kami letak harapan tinggi supaya pucuk pimpinan wanita yang lebih ramai yang mana ia merangkumi sayap Srikandi Muda dan bersekutu,” kataya menurut Utusan Malaysia.

Menurutnya, sasaran 10 itu dianggap memadai dan senarai cadangan telah dihantar menerusi ketuanya Rina Harun.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, dan Kedah diadakan serentak pada 12 Ogos sebagai hari pengundian, dan penamaan calon pada 29 Julai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.