
Beliau berkata selain itu, pihak Kementerian Pendidikan juga sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tidak bermoral membabitkan jurulatih itu.
“Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat dan dalam masa sama, KPM juga masuk untuk menjalankankan siasatan, minggu depan saya akan berjumpa dengan pihak terlibat (bagi membincangkannya),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara dan Jelajah Mini Rakan Muda Peringkat Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini hari ini.
Hannah berkata demikian bagi mengulas laporan media baru-baru ini berhubung kes gangguan seksual membabitkan sukan dodgeball yang mangsanya melibatkan murid sekolah rendah.
Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia V Radhakrishnan dilaporkan berkata pihaknya menerima aduan daripada Biro Kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan akan membuat pertemuan dengan Hannah bagi membincangkan pelaksanaan kod sukan selamat dengan lebih terperinci.
Radhakrishnan dilaporkan berkata tindakan tidak bermoral itu jelas memberi impak negatif kepada sukan dodgeball, malah secara tidak langsung akan memberi kesan kepada ibu bapa untuk membabitkan anak-anak mereka dengan aktiviti sukan di sekolah.