Tawar yang lebih kepada pelancong, Tiong gesa industri hospitaliti

Tawar yang lebih kepada pelancong, Tiong gesa industri hospitaliti

Pelancong mencari pengalaman yang lebih mendalam dan bermakna untuk mempelajari budaya dan tarikan negara, kata menteri itu.

Tiong King Sing memuji sumbangan besar pelancong perniagaan kepada ekonomi negara kerana sanggup berbelanja untuk mendapatkan pengalaman yang premium. (Gambar Facebook)
SHAH ALAM:
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing menggesa industri hospitaliti untuk melihat melangkaui sekadar menyediakan perkhidmatan berkualiti asas.

Mereka harus menumpukan pada usaha menyesuaikan perkhidmatan mereka dengan keperluan pelanggan dan mencipta “pengalaman lancar” yang meninggalkan kesan berkekalan.

“Landskap pelancongan telah berubah, dan pelancong tidak mahu corak perjalanan lama yang (membuatkan mereka terpaksa) tergesa-gesa ke sana sini ke tarikan biasa,” katanya.

“Mereka mencari pengalaman yang lebih mendalam dan bermakna (untuk belajar) tentang budaya, tarikan, khazanah ekologi dan juadah tempatan kita.”

Beliau turut memuji sumbangan besar pelancong perniagaan kepada ekonomi negara kerana mereka sanggup berbelanja untuk “pengalaman, penginapan, makanan” dan kemudahan lain yang premium.

Tiong berkata demikian pada majlis penganugerahan penarafan hotel bandar 5 bintang kementerian di Hotel DoubleTree by Hilton di i-City Shah Alam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.