Bapa ditahan selepas dipercayai rogol 2 anak

Bapa ditahan selepas dipercayai rogol 2 anak

Lelaki berusia 53 tahun dipercayai merogol anak yang berusia 12 dan 15 tahun.

Seorang bapa direman seminggu selepas dipercayai merogol dua anaknya.
PETALING JAYA:
Seorang bapa ditahan selepas dipercayai merogol dua anaknya, yang berusia 12 dan 15 tahun.

Lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2017 dengan kejadian terakhir dikatakan berlaku awal bulan ini, menurut Harian Metro.

Polis dipetik sebagai berkata suspek ditahan semalam menyusuli laporan polis, selepas mangsa yang berusia 15 tahun didapati hamil ketika menjalani pemeriksaan di hospital kerana sakit dada.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata suspek direman seminggu mulai semalam, dan polis sedang merekodkan keterangan mangsa untuk melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.