
Tarikh perjalanan pulang ke negeri pantai timur itu bermula 6 hingga 11 Ogos ini, manakala tarikh kembali ke destinasi asal pada 13 hingga 15 Ogos.
Menteri Besarnya Ahmad Yakob berkata keputusan itu dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan dua minggu lalu kerana menyedari kepentingan mahasiswa menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
“Hak mereka sebagai pemilih tidak boleh dinafikan hanya disebabkan tekanan ekonomi dan kos sara hidup.
“Berikutan situasi itu, kos perkhidmatan pengangkutan dijangka meningkat dan terhad disebabkan permintaan tinggi sewaktu musim pilihan raya, sekali gus membebankan mahasiswa serta ibu bapa,” katanya menurut Harian Metro.
Untuk keterangan lanjut, hubungi pejabat pengarah pembangunan negeri di talian 09-7481180.