
Selain itu, dua daripada tiga remaja mengamalkan aktiviti kecergasan pada tahap sedentari, katanya dalam slot “Suara Menteri” yang disiarkan sempena Pogram Himpunan Virtual, Program Promosi Sihat di Institusi Kesihatan (Hepili).
“Makin ramai pula anak-anak remaja kita tidak aktif. Jadi, apa lagi? Jom kita mulakan sekarang! Aktif setiap hari. Hanya 30 minit saja, lima kali seminggu. Mudahkan?” katanya.
Zaliha dalam perhimpuan maya bertemakan “Kami Nak Hidup Sihat” itu turut berkongsi pengalamannya dalam kesibukan dengan tugasan harian, ia tidak menghalangnya mengaktifkan diri setiap hari untuk memastikan kesihatan terjaga.
Turut menyampaikan ucapan ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Fahmi dalam ucapannya menggalakkan orang ramai melakukan regangan ringkas dikenali X-break, iaitu aktiviti fizikal selama tiga hingga lima minit selepas duduk lama melebihi dua jam.
Yeoh pula berkata, pada usia belia, individu perlu aktif membina ketahanan dan jati diri, manakala Fadhlina berkata, cuaca panas bukan alasan tidak melakukan senaman kerana ia boleh dilakukan dalam rumah dan kawasan tertutup.
Perhimpunan secara maya itu disertai kira-kira 548,000 peserta dari seluruh negara.