
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata ini disusuli Kedah dengan 104,284 pengundi, Kelantan (96,513), Pulau Pinang (67,633), Terengganu (64,264) dan Negeri Sembilan (55,017).
“Ia menjadikan jumlah keseluruhan pengundi bagi kumpulan itu seramai 661,905 orang,” katanya pada sidang media mengumumkan tarikh urusan PRN.
Enam negeri terlibat PRN adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. PRN di enam negeri itu diadakan serentak dengan pengundian pada 12 Ogos manakala penamaan calon 29 Julai.
Ghani berkata, kumpulan pengundi teramai dalam PRN berkenaan adalah kumpulan berumur 21 hingga 29 tahun melibatkan 2,169,120 orang dengan Selangor menjadi negeri tertinggi iaitu 851,180 pengundi.
Bagi kumpulan pengundi berumur 90 tahun dan ke atas pula, beliau berkata seramai 28,991 layak mengundi dengan Selangor mempunyai 8,638 orang, diikuti Pulau Pinang (6,152), Kedah (4,799) dan Kelantan (4,367).
Secara keseluruhan, PRN itu melibatkan seramai 9,773,571 pengundi dengan Selangor seramai 3,747,057 orang, Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425).
Daripada jumlah keseluruhan pengundi, golongan wanita meliputi 50.17% atau 4,935,937 orang manakala lelaki 49.83% atau 4,837,634 juta orang.