
Panglima Tentera Darat Mohammad Ab Rahman berkata kempen itu adalah untuk memberi penerangan kepada kaum bukan bumiputera dan generasi muda mengenai peluang kerjaya dalam satu daripada cabang bersenjata dalam Angkatan Tentera Malaysia.
“Selain itu, ia juga memberi pendedahan bahawa individu yang menyertai Tentera Darat mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi memajukan kerjaya mereka di Tentera Darat,” katanya ditemui di Majlis Ibadah Korban Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi hari ini.
Beliau mengulas usaha Tentera Darat untuk menarik penyertaan kaum bukan bumiputera dalam angkatan berkenaan.