SPRM selesai rakam keterangan pegawai kanan tentera

SPRM selesai rakam keterangan pegawai kanan tentera

SPRM akan melengkapkan siasatan dalam tempoh seminggu.

macc sprm
Seorang pegawai kanan tentera dipanggil SPRM sekali lagi, pagi tadi, dalam siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merakam keterangan seorang pegawai kanan tentera hari ini dalam siasatan berhubung dakwaan salah guna dana.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata pegawai terbabit telah dilepaskan kira-kira 5 petang tadi.

Badan antirasuah itu kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum tindakan lanjut diambil.

“SPRM akan melengkapkan siasatan dalam tempoh seminggu. Sebarang kemaskini mengenai siasatan kes ini akan dimaklumkan kemudian dari masa ke semasa,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Azam berkata pegawai berkenaan dipanggil sekali lagi, pagi tadi, untuk dirakam keterangan selepas lebih 12 jam disoal siasat semalam.

SPRM dilaporkan sedang menyiasat seorang pegawai kanan berusia 50-an, yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana yang dikhususkan untuk pembelian senjata.

Sebelum ini, siasatan SPRM berkaitan perolehan tentera membawa kepada penahanan bekas panglima tentera darat, Hafizuddeain Jantan, serta dua isterinya.

SPRM turut menyiasat pemilik 26 syarikat yang mempunyai kaitan dengan kontrak perolehan tentera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.