Lori kontena rempuh pondok kawalan, anggota polis cedera ringan

Lori kontena rempuh pondok kawalan, anggota polis cedera ringan

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 1.20 pagi tadi apabila lori kontena terbabit melanggar pagar dan pondok polis IPD Tapah.

Pondok kawalan IPD Tapah dirempuh sebuah lori kontena awal pagi tadi yang menyebabkan seorang anggota polis bertugas cedera ringan. (Gambar JBPM)
IPOH:
Seorang anggota polis yang bertugas di pondok kawalan IPD Tapah cedera ringan selepas pagar dan pondok kawalan berkenaan dilanggar sebuah lori kontena, awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tapah menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 1.20 pagi.

Beliau berkata setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena melanggar pagar dan pondok polis IPD Tapah serta seorang mangsa iaitu anggota polis yang sedang bertugas di pondok kawalan itu cedera ringan.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.