
Beliau berkata, ucapan itu disalah tafsir konon ia merujuk kepada parti politik yang melawan PAS sebagai “musuh Allah”.
“Berkenaan isu musuh Allah yang disalah tafsirkan dan pada saat ini saya ingin membuat penjelasan terhadap isu berbangkit.
“Sesungguhnya saya tidak menyasarkan ucapan itu kepada mana-mana kumpulan dan tidak sebut parti politik, dan juga siapa sahaja,” katanya ketika menjelaskan perkara itu di Facebook.
Zainul ialah pendakwah bebas dan bekas timbalan ketua Majlis Ulama PAS Kedah.
Beliau terpalit kontroversi pada Februari lalu apabila mendakwa sebuah masjid di Pulau Pinang dijadikan rumah ibadat bukan Islam.
Dalam pada itu, Zainul berkata ucapannya berdasarkan petikan al-Quran bahawa golongan Yahudi dan Nasrani tidak akan reda sehingga orang Islam mengikut jejak langkah kehidupan mereka.
“Jadi, itulah menjadi tujuan saya daripada ucapan itu, kerana Islam konsisten dan istiqamah dengan akidah perjuangan dan menolak dakyah musuh Islam iaitu termasuk golongan Yahudi dan Nasrani,” katanya.
Beliau turut memohon maaf kepada rakyat yang tersinggung dengan ucapan itu dan berharap penjelasannya dapat mengembalikan keharmonian masyarakat Malaysia.
Semalam, FMT melaporkan seorang wakil pusat media Pakatan Harapan membuat laporan polis terhadap Zainul atas dakwaan menyamakan musuh PAS sebagai “musuh Allah” ketika berucap dalam himpunan itu.
Dalam laporan dilihat FMT, pengadu Muhammad Yahaya mendakwa Zainul dalam ucapannya berkata beliau berharap “Allah akan mempertahankan Kedah daripada dijatuhkan musuhNya” dan Islam akan menang.