
Beliau mengakui Muda harus realistik dan tidak mampu bertanding di setiap kerusi susulan kekurangan kewangan dan jentera.
“Bagaimanapun saya akui, bukan mudah untuk sebuah parti baharu untuk menang, namun bersedia kalah demi ‘pelaburan’ jangka masa panjang.
“Jika kalah, kita belajar kerana untuk berjaya ia akan mengambil masa yang lama,” katanya ketika sesi Town Hall dalam talian Muda.
Awal hari ini, Syed Saddiq mengumumkan Muda akan bertanding secara solo yang mana menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan sekutunya dalam kerajaan perpaduan, terutama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan akan mengadakan PRN.
Muda diasaskan pada 2020 dan bertanding pada PRN Johor, selain PRU15 susulan mengadakan pakatan politik bersama PH.
Di Johor, Muda menang Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, manakala Syed Saddiq berjaya mempertahankan Muar bagi penggal kedua.