Wan Azizah tak minta plat kereta ‘isteri PM’, kata setiausaha kerajaan Sabah

Wan Azizah tak minta plat kereta ‘isteri PM’, kata setiausaha kerajaan Sabah

Safar Untong berkata menjadi amalan kerajaan negeri menyediakan kenderaan kepada tetamu kenamaan semasa lawatan rasmi ke Sabah.

Gambar tular di media sosial menunjukkan plat kenderaan tertera ‘Isteri YAB Perdana Menteri’. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Gambar tular memaparkan plat kenderaan isteri perdana menteri bukan atas permintaan Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata Setiausaha Kerajaan Sabah Safar Untong.

Sebaliknya, beliau berkata, menjadi amalan kerajaan negeri menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.

Katanya, kemudahan kenderaan disediakan termasuk meletak plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan itu.

“Saya mengambil perhatian hari ini gambar plat kenderaan isteri perdana menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu tular di media sosial.

“Menjadi amalan kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi perdana menteri dan isteri, timbalan-timbalan perdana menteri dan isteri serta tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi,” katanya menurut Sinar Harian.

“Plat yang ditularkan bukan atas permintaan Dr Wan Azizah,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, video dan gambar memaparkan plat kenderaan “Isteri YAB Perdana Menteri” tular di media sosial, dengan Ketua Menteri, Hajiji Noor didakwa mengampu perdana menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.