
Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu memaklumkan beliau dilantik ke jawatan itu oleh Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.
“Insya-Allah, saya akan melaksanakan tugas telah diamanahkan ini dengan sebaik-baiknya demi Kerajaan Sabah,” katanya di Facebook sambil memaklumkan beliau mula melapor diri hari ini.
Qhazanah Sabah yang dijenamakan semula daripada Warisan Harta Sabah Sdn Bhd pada 2021 menjadi cabang pelaburan untuk menjadi pemangkin pembangunan ekonomi Sabah.
Syarikat berkenaan turut aktif memperuntukkan dana bagi pertumbuhan perniagaan dan pelaburan.
Qhazanah Sabah menjana pendapatan dari anak syarikatnya dengan usahasama perniagaan bermula dari tadbir urus dan perkhidmatan pelabuhan, kewangan dan telekomunikasi.
Pemilikan kenderaan bermotor dan perkhidmatan berkaitan dengan pengangkutan, pengurusan tenaga diperbaharui, pembangunan hartanah serta perkhidmatan kesihatan dan perubatan.