
Memetik Bernama, perkara itu diumumkan Menteri Besar Sanusi Md Nor pada sidang media selepas menghadap Sultan Sallehuddin di Wisma Darul Aman hari ini.
Susulan pembubaran DUN itu, PRN mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Pada PRU15, enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN.
Media sebelum ini melaporkan pemimpin enam negeri terbabit mencapai kata sepakat masa paling sesuai berbuat demikian adalah dalam tempoh dua minggu terakhir Jun bagi membolehkan PRN diadakan serentak.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan Perikatan Nasional menguasai 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6) diikuti Pakatan Harapan (PH) yang memiliki 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2), sementara Barisan Nasional dan Pejuang masing-masing dua kerusi.
Dua lagi kerusi kosong selepas Adun Gurun dari PKR Johari Abdul memaklumkan beliau telah mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas selepas dilaporkan menjadi antara calon bagi jawatan yang dipertua Dewan Rakyat, sementara Adun Belantek dari PAS Mohd Isa Shafie meninggal dunia, pada 14 Jun lalu.