
Zulinda, 46, sebelum ini berpangkat kapten Maritim antara sembilan pegawai dinaikkan pangkat dalam satu majlis pemakaian pangkat disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Saiful Lizan Ibrahim.
Selain memegang banyak portfolio melibatkan operasi, antara kejayaan dicapai beliau adalah mengetuai pelbagai operasi khas melibatkan jenayah rentas sempadan serta mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat untuk negeri di utara Semenanjung.
“Beliau juga bertindak sebagai ketua gugus tugas operasi benteng (KGT 24.1) dalam menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin semasa pandemik Covid-19.
“Ibu kepada empat cahaya mata ini merupakan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum ditukar lantik ke dalam Maritim Malaysia pada 15 Okt 2008 dan memiliki Diploma Pengurusan Teknologi (Pengangkutan Pertahanan Maritim) dari Universiti Teknologi Malaysia pada 1998,” kata Maritim Malaysia dalam kenyataan.
Selain Zulinda, Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Rosli Abdullah turut dinaikkan pangkat daripada laksamana pertama Maritim kepada laksamana muda Maritim.
Manakala empat lagi pegawai kanan dinaikkan pangkat daripada kapten Maritim kepada laksamana pertama Maritim dan tiga leftenan komander Maritim dinaikkan pangkat kepada komander Maritim.