
PETALING JAYA: Bekas menteri pertanian dan industri asas tani Shabery Cheek menafikan beliau antara tiga bekas anggota Jemaah Menteri yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRN Terengganu.
“Saya tak bertanding PRU15 dan saya juga tak (akan) bertanding PRN kali ini,” kata bekas Ahli Parlimen Kemaman itu kepada FMT.
Shabery mengulas laporan media bahawa beliau, bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi Khairuddin Aman Razali dan bekas timbalan menteri komunikasi dan multimedia Jailani Johari disebut-sebut sebagai calon BN pada PRN negeri itu.
Pada PRU14, beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman selepas tewas kepada calon PAS Che Alias Hamid.
Terengganu mempunyai 32 DUN dengan 22 daripadanya dikuasai PAS manakala 10 lagi milik BN.