Bekas pensyarah didakwa edar kokain hampir 3kg

Bekas pensyarah didakwa edar kokain hampir 3kg

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di KLIA.

Tertuduh boleh dihukum mati mandatori jika didapati bersalah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang bekas pensyarah universiti awam didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan mengedar kokain seberat 2.64kg di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu.

Menurut Sinar Harian, warga emas berusia 81 tahun itu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan kesalahan itu, di balai ketibaan dalam negeri KLIA, Sepang, pada 6 petang, 6 Jun.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 398(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 398(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Jamilah Shuhadah Tohet.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.