
Beliau berkata, ia susulan kerajaan masih mengawal dan mengekalkan harga meskipun ada kenaikan harga gula di pasaran global.
Kementerian berharap dua syarikat gula iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dapat memberi komitmen kepada memenuhi keperluan gula, sebagaimana mereka janjikan
“Sekiranya harga gula ini kita angkat, kita apungkan, maka ramailah industri berminat untuk masuk (industri gula), tetapi demi rakyat kita masih memastikan harga gula tidak dinaikkan,” katanya menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang bimbang tentang penyelewengan dalam pasaran gula.
Salahuddin berkata, kementerian berharap dua syarikat gula iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dapat memberi komitmen seperti dijanjikan dengan memenuhi keperluan sebulan sebanyak 42,000 tan metrik minimum.
Kerajaan terpaksa mengambil tindakan sewajarnya jika keperluan itu tidak dapat dipenuhi, tambahnya.
“Kita mengharapkan mereka memberi komitmen sebagaimana mereka janjikan. Dua syarikat ini mesti memenuhi keperluan sebulan sebanyak 42,000 tan metrik minimum, kalau mereka gagal maka kerajaan akan mengambil tindakan,” katanya.