
Timbalan Pendakwa Raya Noor Aslinda Che Seman memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa pihak pendakwaan menerima surat representasi ketiga pihak pembelaan pada Rabu lepas.
“Kami masih meneliti isi kandungan surat itu,” katanya.
Hakim Mahkamah Sesyen Priscilla Hemamalini Nadarajan menetapkan 26 Jun untuk pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah tentang keputusannya menyemak tuduhan Rizal.
Rizal diwakili M Pravin selaku peguam.
Bulan lepas, Jabatan Peguam Negara menolak permohonan kedua Rizal agar tiga tuduhan terhadapnya ditarik balik.
Representasi awalnya turut ditolak pada 12 Dis tahun lepas.
Rizal dituduh memuat naik video di tiga platform media sosial antara 4 hingga 6 Julai tahun lepas, yang memuatkan kenyataan didakwa menyentuh sensitiviti agama dan kaum
Dia didakwa bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman maksimum setahun penjara atau denda RM50,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.