PRN dijangka awal Ogos, Umno hanya ada 6 minggu untuk siap sedia

PRN dijangka awal Ogos, Umno hanya ada 6 minggu untuk siap sedia

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengingatkan bahawa PRN di enam negeri ini menjadi medan untuk Umno mempertahankan maruah dan martabat parti.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengingatkan ahli parti agar bekerja keras dari sekarang bagi menghadapi PRN yang dijangka diadakan dalam tempoh kurang 6 minggu.
KUALA LUMPUR:
Umno hanya mempunyai masa kurang enam minggu untuk melakukan persiapan bagi menghadapi PRN sebaik sahaja DUN dibubarkan akhir bulan ini.

Oleh itu, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, ahli Umno perlu bekerja dari sekarang kerana menurutnya, tempoh masa sedemikian tidak cukup.

“DUN dijangka akan dibubarkan pada hujung bulan ini, maka kita jangka PRN akan diadakan pada hujung Julai atau Ogos,” katanya.

“Maka kita tak punyai masa, kalau letak 24 jam bekerja untuk parti pun tidak punya masa yang banyak,” katanya ketika membuat ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, PRN di enam negeri ini menjadi medan untuk Umno mempertahankan maruah dan martabat parti.

“Maka mari kita sama-sama teruskan tekad, pastikan kita dapatkan kemenangan yang dibanggakan.

“Yang penting kita susun elok-elok jentera, elakkan buat kenyataan yang lebih mengelirukan orang,” katanya.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.