Pemain bola sepak Liga Super ditahan pukul kekasih

Pemain bola sepak Liga Super ditahan pukul kekasih

Polis berkata lelaki itu dipercayai memukul teman wanitanya di bilik hotel selepas berlaku perselisihan faham.

Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki itu ditahan selepas teman wanitanya membuat satu laporan polis pada jam 6 pagi semalam.
PETALING JAYA:
Seorang pemain bola sepak Liga Super ditahan polis semalam kerana disyaki mencederakan teman wanitanya di dalam sebuah bilik hotel di sini.

Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki itu ditahan selepas teman wanitanya membuat satu laporan polis pada jam 6 pagi semalam.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku perselisihan faham antara pasangan kekasih itu ketika di dalam bilik hotel.

“Kejadian itu menyebabkan wanita tersebut mengalami kecederaan di bahagian badan selain telefon bimbit mangsa turut mengalami kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, hasil maklumat dan risikan dijalankan, polis menahan suspek di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

Menurutnya, suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan, kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan khianat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.