Payung Rahmah diperluas kepada cermin mata

Payung Rahmah diperluas kepada cermin mata

Menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup berkata rakyat boleh mendapat cermin mata pada harga RM50-RM100.

Salahuddin Ayub berkata Pakej Rahmah Cermin Mata dijayakan bersama syarikat MOG Eyewear. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Inisiatif Payung Rahmah yang bermula dengan menu makanan, bakul makanan, rawatan, dan jualan murah, kini diperluaskan kepada Pakej Rahmah Cermin Mata, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata melalui inisiatif yang dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear itu, rakyat umum boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 ke RM100, selain menaik taraf kanta kepada “blue cut lens” dengan perlindungan sinaran ultra ungu pada RM100 sahaja.

“Pakej ini boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Inisiatif Payung Rahmah akan diteruskan dengan pelbagai lagi tawaran menarik sesuai dengan keperluan dan kehendak rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.