5 maut termasuk budak 2 tahun nahas di Sibu

5 maut termasuk budak 2 tahun nahas di Sibu

Kemalangan maut itu melibatkan dua kenderaan yang bertembung di Jalan Bintulu-Sibu, Sarawak.

Lima maut dalam nahas melibatkan mangsa berusia 24 hingga 61 tahun, termasuk kanak-kanak lelaki turut terkorban. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun antara lima maut dalam nahas dua kenderaan di Jalan Bintulu-Sibu, Sarawak hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata kejadian dilaporkan kira-kira 10.09 pagi melibatkan kereta Perodua Myvi dan Kia Sportage.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba Selangau yang dikerahkan ke lokasi mengesahkan Perodua Myvi itu dinaiki lima orang, manakala Kia Sportage juga membawa bilangan sama.

“Bagi penumpang Perodua Myvi, seorang mangsa wanita berusia 24 tahun tersepit di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut Kosmo.

Dalam pada itu, kanak-kanak lelaki dalam kenderaan sama disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Selangau.

Katanya, tiga lagi penumpang Perodua Myvi, seorang lelaki berusia 24 tahun, seorang remaja, dan kanak-kanak lelaki yang maklumatnya tidak dapat diperolehi cedera dan dihantar ke Klinik Kesihatan Selangau oleh orang awam.

Menurut laporan itu, tiga lelaki berusia 21 hingga 61 tahun maut di lokasi kejadian melibatkan Kia Sportage.

Sementara, katanya seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki yang maklumatnya tidak dapat diperolehi cedera parah dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Selangau menggunakan ambulans.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.