
Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata hasil siasatan mendapati kemalangan pada 2 petang Sabtu itu berlaku apabila pemandu Perodua Bezza yang juga lelaki 68 tahun tersalah tekan pedal minyak ketika mahu meletakkan kereta di kawasan parkir berdekatan sebuah pasar raya.
Menurutnya, kereta itu kemudian terbabas ke depan dan terjatuh ke dalam longkang.
“Wanita berusia 55 tahun yang juga isteri kepada pemandu warga emas terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Punca kemalangan akibat kenderaan terbabas sendiri,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, mangsa berasal dari Sarawak dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan semua mangsa cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.