Eddin Syazlee gugur, Peja ketuai PN Negeri Sembilan

Eddin Syazlee gugur, Peja ketuai PN Negeri Sembilan

Timbalan Pengerusi PN Ahmad Faizal Azumu diberi tanggungjawab mengetuai gabungan itu di negeri berkenaan.

Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu dilantik mengetuai PN Negeri Sembilan, menggantikan Eddin Syazlee Shith yang digugurkan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Eddin Syazlee Shith digugurkan sebagai ketua Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, kata setiausaha gabungan negeri itu, Nazree Yunus.

Nazree berkata, kepimpinan PN Negeri Sembilan turut dimaklumkan berhubung pengguguran bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah itu dalam mesyuarat, pada petang semalam.

“Kebetulan semalam kami ada mesyuarat dan beliau maklumkan yang kami perlu terus gerak kerja. Itu nasihat daripada dia… selain meminta kami bertenang serta akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti.

“Ya…beliau juga menerima dengan hati yang terbuka berhubung perkara tersebut,” katanya menurut Sinar Harian.

Menurut laporan itu, berdasarkan mesej tular WhatsApp, Eddin berkata sebagai ahli parti beliau akur dan menerima keputusan berkenaan.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang membantunya ketika menerajui PN Negeri Sembilan.

Katanya, Majlis Tertinggi PN telah dimaklumkan jawatan ketua PN negeri akan diambil alih Ahmad Faizal Azumu, berkuat kuasa serta merta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.