Baca laporan ekonomi, Anwar sangkal cadangan lantik menteri kewangan sepenuh masa

Baca laporan ekonomi, Anwar sangkal cadangan lantik menteri kewangan sepenuh masa

Anwar Ibrahim menyangkal cadangan Ahli Parlimen PAS bahawa negara perlu lantik menteri kewangan sepenuh masa.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim minta Ahli Parlimen PAS baca laporan ekonomi dan kewangan tentang kekangan antarabangsa, susulan penyusutan nilai ringgit.
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyangkal cadangan seorang Ahli Parlimen PAS bahawa negara perlu lantik menteri kewangan sepenuh masa, susulan penyusutan nilai ringgit.

Beliau meminta Ahli Parlimen Bachok, Syahir Che Sulaiman, supaya membaca laporan ekonomi dan kewangan tentang kekangan antarabangsa.

“Orang yang cadang itu kena baca laporan ekonomi dan kewangan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan kunci perumahan penjawat awam.

Semalam, Syahir mencadangkan bahawa mungkin ada “faktor dalaman” yang menyebabkan ringgit menjadi lemah berbanding matawang negara jiran.

Dalam artikel “Ringgit jatuh: Perlu menteri kewangan kompeten, sepenuh masa” di Harakahdaily, Syahir berkata perdana menteri yang juga memegang jawatan menteri kewangan dilihat sukar memberikan fokus di kementerian, kerana bebanan tugas.

Ringgit kekal bawah tekanan pagi tadi, apabila susut kepada 4.6280 berbanding Dolar AS, kadar terendah dalam tempoh enam bulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.