Francais tempatan puji FIM2023

Francais tempatan puji FIM2023

Syarikat yang menyertai Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 berkata acara itu menghubungkan mereka dengan banyak pelabur asing.

Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 selama tiga hari dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Persatuan Francais Malaysia (MFA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menarik lebih 15,000 pengunjung.
KUALA LUMPUR:
Francais tempatan memuji Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023), dengan menyatakan ia membantu menonjolkan perniagaan mereka kepada bakal pelabur dan francaisi.

Acara tiga hari anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Persatuan Francais Malaysia (MFA) itu menarik lebih 15,000 pengunjung.

Pengurus jualan LaundryBar Muhammad Hafizuddin memberitahu FMT syarikatnya telah mengambil bahagian dalam pameran itu sejak kedai dobi layan diri berkenaan mula beroperasi 10 tahun lalu.

Beliau berkata acara francais terbesar di Malaysia itu memberi peluang kepada LaundryBar untuk mempromosikan jenamanya kepada pelabur asing.

Pengurus Jualan LaundryBar, Muhammad Hafizuddin, berkata pameran FIM memberikan peluang kepada syarikatnya untuk mempromosi jenamanya kepada pelabur asing.

“Semua agensi kerajaan dan syarikat bersekutu melakukan tugas terbaik dalam mempromosikan dan memasarkan jenama LaundryBar kami.

“Kami berterima kasih kepada penganjur kerana menyediakan platform ini,” katanya pada penutup FIM2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Muhammad berkata tanpa bantuan kementerian dan MFA, LaundryBar mungkin tidak dapat memasuki pasaran antarabangsa dan membuka cawangan di Turki, Thailand dan Brunei, serta di Australia tahun ini.

Pengurus francais dan perkhidmatan lapangan Marrybrown Danny Tan pula berterima kasih kepada kementerian dan MFA atas peluang untuk mengambil bahagian dalam pameran FIM sejak 30 tahun lalu.

Pengurus Pemfrancaisan dan Perkhidmatan Lapangan Marrybrown, Danny Tan, berkata rangkaian restorannya raih banyak manfaat daripada pameran FIM dan program-programnya.

Beliau berkata rangkaian restoran makanan segera tempatan itu mendapat banyak manfaat daripada pameran dan program yang dianjurkan.

“Pameran ini menghubungkan kami dengan usahawan dari seluruh dunia. Kami berterima kasih kepada kementerian dan MFA kerana membantu,” katanya.

Sementara itu, ketua pegawai pembangunan Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd Deric Yeo berkata kementerian menawarkan pelbagai geran kepada jenama OldTown White Coffee miliknya.

Ia juga menyediakan platform bagi jenama Malaysia melalui misi perdagangan berbeza di luar negara, dan memberi peluang kepada syarikat untuk menembusi pasaran berbeza.

“Malah, kami telah mencapai perjanjian dengan Maldives. Menjelang suku keempat tahun ini, kami akan membuka cawangan pertama kami di sana. Kementerian telah menyokong jenama kami selama ini,” katanya.

Pengarah Urusan Ayam Penyet Best, Andrew Teh, mendedahkan semakin ramai penerima francais berminat dengan syarikatnya selepas ia menyertai pameran FIM.

Pengarah Urusan Ayam Penyet Best Andrew Teh berkata pemegang francais pada mulanya tidak terlalu yakin dengan syarikatnya.

“Bagaimanapun, selepas kami menyertai pameran ini, semakin ramai francaisi datang kepada kami,” katanya sambil menambah bahawa syarikat itu menyasarkan untuk menubuhkan 20 lagi cawangan di seluruh Malaysia tahun ini.

Beliau berkata syarikatnya mendapat maklumat berguna mengenai strategi dan pembiayaan daripada kementerian.

Pengasas Home Maths Therapy, Che Nurul Khairunnisa Che Kadir dan Muhamad Tajudin Mustafa, berkata pameran itu merupakan platform terbaik untuk menghubungkan syarikat dengan bakal pelabur.

“Ia sangat membantu, melalui acara dan misi perdagangan ini di negara lain, dalam menyokong kami mengembangkan jenama kami.

“Kami berterima kasih kepada kementerian, MFA dan agensi kerajaan lain atas impak yang diberikan oleh acara ini kepada kami,” kata mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.