
Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata, dalam kejadian sekitar 8.30 pagi itu, peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) polis mendapat maklumat ada kereta mencurigakan berhenti di tengah jalan itu.
“Ketika tiba di tempat kejadian, dua lelaki didapati sedang tidur di dalam kereta tersebut. Lelaki di bahagian penumpang keluar dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.
“Mereka kemudiannya ditahan dan salah seorang daripadanya tidak memiliki kad pengenalan,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati dua suspek itu dalam keadaan mabuk dan memiliki rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah, narkotik serta kesalahan kongsi gelap.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 25(1)(N) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.